Saturday, 15 November 2014

PETUA SAKIT JANTUNG,KENCING MANIS,DARAH TINGGI.

PETUA UNTUK SAKIT JANTUNG,KENCING MANIS.


Petua ini adalah petua untuk mereka yang mengalami sakit jantung,kencing manis dan darah tinggi.

Petua ini diperolehi hasil perkongsian Ust. Sharhan Syafie untuk mengubati penyakit jantung,kencing manis dan darah tinggi.Kepada sesiapa yang ingin mencuba,silalah..

Cara-caranya.

1- Ambil sebiji kelapa muda yang masih berhingus,ataupun yang masih lembut isinya.

2- Ambil 3 batang serai yang di ketuk dan 7 biji halba.

3- Panaskan dan minum airnya.

4- Amalkan selang sehari.

5 - 7 biji kelapa hendaklah di habiskan dalam masa 14 hari.

Insyaallah..cubalah..sila share.. 

Wednesday, 13 August 2014

RAHSIA YAHUDI MENDIDIK ANAK

RAHSIA YAHUDI MENDIDIK ANAK
Yahudi merupakan kaum yang tidak ramai jumlahnya.Hanya beberapa juta sahaja yang terdapat di muka bumi ini.Yahudi di cemuh sejak dari zaman dahulu akibat perbuatan dan perangai mereka.
Namun,mereka adalah bangsa yang menerajui dunia.Apakah rahsia mereka?Bagaimana mereka membina keturunan yang bijak?Ketahui rahsia Yahudi melahirkan dan mendidik anak menjadi berjaya.
 1-MEMASTIKAN KETURUNAN YANG BAIK-BAIK
Lazimnya orang Yahudi mementingkan keturunan kerana mereka tahu bahawa jika si ibu dan si bapa adalah bijak pandai, maka anak-anak mereka pun begitu juga. Suku kaum Ashkenazi Yahudi yang tinggal di Eropah Timur pada zaman dahulu amat memilih siapa bakal menantu kepada anaknya untuk memastikan keturunannya adalah bijak dan mempunyai I.Q yang tinggi.
Yang Boleh Kita Pelajari.
Apa yang anda wariskan kepada anak anda adalah hasil daripada apa yang anda selalu lakukan. Jika anda seorang usahawan yang gigih bekerja, lambat laun anak anak mungkin akan mengikuti jejak langkah anda hasil dari tarbiyah dan pemerhatian. Jika anda seorang guru yang berkaliber, tidak mustahil anak juga akan menjadi guru juga.
Walaupun faktor genetik memainkan peranan penting terhadap perkembangan intelek anak, namun faktor persekitaran juga mempengaruhi ‘apa yang anak anda akan jadi’ nanti.
2-AMALAN KETIKA IBU MENGANDUNG
Jangan terkejut jika anda melihat keadaan ini apabila si ibu sedang hamil. Menurut Dr Stephen Carr Leon yang membuat pengamatan ini semasa beliau berada di Israel, mendapati si ibu akan menyanyi dan bermain piano manakala si bapa pula akan menghadap buku matematik bersama-sama dengan si ibu menyelesaikan masalah matematik yang rumit!
Rasional kepada kecenderungan ini adalah orang Yahudi mahukan anak-anak mereka menjadi genius samada di dalam akademik, muzik dan sebagainya. Hobi secara tiba-tiba si ibu dan bapa ini akan merangsang sel-sel otak bayi untuk menerima saranan yang diingini oleh ibu dan bapa.
Yang Boleh Kita Pelajari
Baca surah-surah seperti Surah al-Fatihah, Surah At-Taubah, Surah Yusuf, Surah Maryam, Surah Luqman, Surah Yaasin, Surah An-Nahl dan doa-doa daripada Rasulullah S.A.W. untuk kebaikan anda dan bayi di dalam kandungan serta mendapat perlindungan dan pahala daripada Allah S.W.T
Jika anda inginkan anak yang genius, cuba pelajari sesuatu yang baru seperti belajar bermain Sudoku, permainan silang kata atau apa sahaja permainan yang memerlukan kemahiran berfikir dan penaakulan. Kalau tidak minat sekalipun, sekurang-kurangnya anda lakukan sesuatu yang bermanfaat dan positif kerana ia akan mempengaruhi anak anda nanti.
3. Jaga pemakanan
Makanan yang masuk ke dalam perut bukan hanya untuk mengenyangkan, tapi untuk membentuk tubuh badan yang sihat dan cerdas. Orang-orang Yahudi mengambil berat hal ini sejak anak-anak masih kecil lagi. Mereka tahu bahawa untuk menjadikan anak-anak mereka bijak dan cergas, sel-sel otak perlu sering berhubung dan cekap.
Pemilihan menu semasa makan juga dijaga. Ikan tidak akan dihidang bersama dengan daging kerana menurut mereka, makanan laut dan makanan darat tidak boleh dimakan bersama kerana ia boleh memudaratkan kesihatan. Buah-buahan juga tidak dimakan selepas makan hidangan utama, tetapi dimakan sebelum itu.
Untuk anak-anak yang bersekolah, mereka akan memberikan pil minyak ikan, kacang badam dan madu.
Apa yang anda boleh pelajari?
Tidak dapat dinafikan, orang Yahudi memang sudah mengamalkan apa yang telah dianjurkan oleh Rasulullah S.A.W 1400 tahun yang lalu. Mungkin mereka tahu tetapi tidak mahu orang Islam tahu.
Makanan-makanan sunnah seperti madu, kismis, buah delima, kurma, habbatus sauda dan buah zaitun memang ada khasiat dan keberkatannya. Sekarang ramai usahawan Muslim yang mengeluarkan produk-produk ini. Ada yang dipakej dalam bentuk makanan dan minuman. Sokonglah mereka.
Anak-anak sememangnya memerlukan makanan-makanan baik. Jadi, jangan biarkan perut mereka diisi dengan makanan yang tidak berkhasiat, mengandungi karbonat yang tinggi, banyak asid, pewarna tiruan dan lemak yang tidak menyihatkan.
4. Sains, matematik dan perniagaan
Matapelajaran Matematik dan perniagaan diberikan perhatian utama. Bagi anak-anak yang belajar di sekolah rendah, mereka akan didedahkan dengan aspek pengiraan sejak kecil lagi. Dibantu dengan pemakanan yang sihat dan aktiviti kurikulum seperti memanah, dan menembak, ia tidak menjadi masalah kepada anak-anak orang Yahudi mempunyai minda yang tajam dan boleh mencapai IQ yang tinggi dalam masa yang singkat.
Semasa berada di sekolah tinggi, pelajar-pelajar akan digalakkan untuk terlibat di dalam sains dan rekacipta. Sekolah mewajibkan setiap pelajar untuk menghasilkan satu produk yang boleh memperbaiki kehidupan orang-orang Yahudi. Jika mereka berjaya dan menghasilkan ciptaan yang berpotensi tinggi, idea tersebut akan dibawa ke institusi yang lebih tinggi iaitu universiti.
Di universiti pula, perniagaan dipandang serius terutama pelajar di dalam jurusan perniagaan. Kerja kursus yang diberikan mungkin agak sama seperti universiti-universiti lain di dunia – buat satu perniagaan dan hasilkan keuntungan.
Tapi yang hebatnya adalah pelajar hanya akan diberi lulus sekiranya kumpulan projek itu dapat membuat keuntungan sebanyak 1 juta dolar! Agak memeranjatkan bagi kita tetapi bagi mereka, ia adalah perkara biasa. Tidak mustahil ekonomi dunia ini dipegang oleh mereka.
Apa yang anda boleh pelajari?
Anak anda belajar di sekolah yang sama dengan rakan-rakan sebayanya, dengan matapelajaran yang sama, dengan guru yang sama. Namun, tahap intelek berbeza-beza.
Anda mungkin tidak boleh mengubah corak pendidikan negara tetapi anda boleh mengubah cara anda memberikan pendidikan kepada anak anda semasa berada di rumah.
Dedahkan anak-anak dengan membaca buku seawal usia yang mungkin. Ajar mereka tentang asas-asas agama, al-Quran dan adab. Ikuti saranan Nabi S.A.W untuk mendidik anak:
“Ajarkan anak-anak kamu solat ketika mereka masuk usia tujuh tahun. Pukullah mereka sekiranya mereka melalaikan solat apabila mereka berusia 10 tahun dan pisahkan tempat tidur mereka.” (Hadis Riwayat Ahmad dan Abu Daud)
Cungkil bakat dan kebolehan anak samada di dalam bidang akademik atau sukan. Beri sokongan dan galakan. Sudah pasti anak-anak mempunyai kecerdasan tertentu.
5. Rohani juga perlu dijaga
Walaupun ada di kalangan orang Yahudi yang berfahaman sekular dan tidak mementingkan agama, namun ada di kalangan mereka yang masih berpegang dengan ajaran agama.
Orang Yahudi Ortodok masih mengekalkan adat resam dan peraturan agama Judaism yang dianuti. Mereka berpendapat bahawa agama penting di dalam kehidupan dan dengan menjalankan ibadah, seseorang dapat mengubah dirinya.
Anak-anak dididik dengan pendidikan agama supaya mereka mampu menjadi orang Yahudi yang berguna kepada bangsanya nanti.
Apa yang anda boleh pelajari?
Pendidikan agama sememangnya penting untuk anak-anak. Dengan keadaan zaman yang penuh pancaroba ini, hanya kekuatan rohani sahaja yang mampu menangkis segala macam fitnah dan cubaan dunia.
Dekatkan anak-anak dengan al-Quran. Latih mereka supaya mereka boleh membaca al-Quran, memahami maknanya dan menghafalnya.
Jika anda tidak dapat menghantar anak anda ke sekolah pondok, cukup sahaja dengan didikan dan pengawasan anda. Anda boleh membentuk sahsiah dan keperibadian anak anda jika anda melakukannya ketika mereka masih kecil.
Inilah antara yang boleh kita curi dari kaum yang bijak ini.Sememangnya mereka lebih tahu tentang apa yang baik melalui amalan yang telah di praktikkan sejak zaman Rasulullah s.a.w.lagi.Cuma kita telah berjaya di tipu oleh propaganda mereka.
sumber:http://www.anugerahquran.com

Tuesday, 12 August 2014

PETUA SEMBUHKAN JAHITAN LEPAS BERSALIN

PETUA SEMBUHKAN JAHITAN LEPAS BERSALIN

KUNYIT HIDUP

Wanita yang melahirkan anak memang menghadapi cabaran dan dugaan yang begitu kuat,terutamanya dari segi menahan kesakitan dan pemulihan luka-luka luaran dan dalaman.

Ada dua cara kelahiran iaitu secara normal dan pembedahan.Di sini kita kongsikan petua dimana dapat menyembuhkan luka jahitan selepas bersalin terutamanya bagi yang bersalin normal.

Petua Sembuhkan Jahitan Selepas Bersalin

Ambil beberapa kunyit hidup dan parut.Kemudian gorengkan kunyit hidup yang telah di parut tadi menggunakan minyak masak yang banyak.Goreng sehingga garing.

Setelah garing,keluarkan dan sejukkan.

Taburkan ramuan tadi keatas tuala wanita dan pakailah untuk beberapa jam sehari.Insyaallah,akancepat sembuh jahitannya.

Selamat mencuba..

Tuesday, 5 August 2014

PETUA MERAWAT BUASIR

PETUA MERAWAT BUASIR


Buasir ataupun dalam bahsa doktornya di panggil Hemoroid adalah pembengkakan pada vena yang terletak di bahagian rektum dan dubur. Apabila vena ini membonjol keluar ia mengganggu dan menyebabkan membran di sekitarnya membengkak, terasa sakit, perit, gatal dan berdarah.

Selain daripada rawatan doktor,pesakit penyakit ini boleh juga mencuba petua lama bagi merawatnya.

PETUA MERAWAT BUASIR

  • Dapatkan kulit manggis dan basuh kulit manggis dan jemur hingga kering. Rebuskan dengan 5 cawan air sehingga menjadi 1 cawan. Minum air rebusan tersebut setelah suam. Amalkan selalu.
  • Ambil beberapa helai daun belimbing buluh ( Bersihkan ). Selepas itu, masak/rebus dengan 2 cawan air, tunggu hingga air tinggal anggaran 1 cawan dan sejukkan hingga agak2 suam. Bila dah sejuk, boleh lah diminum.


  • Monday, 4 August 2014

    PETUA MELUNAKKAN SUARA

    PETUA MELUNAKKAN SUARA
    Bukan hanya artis yang memerlukan suara yang merdu,kita sebagai orang biasa juga perlu menjaga suara.Lebih-lebih kagi bagi mereka yang gemar berkaraoke.Suara yang merdu pasti membanggakan.

    Terdapat petua lama yang mana dapat diaplikasikan bagi menjaga seraya menjadikan suara lunak merdu sedap didengar ketika mengalunkan lagu.Anda boleh cuba amalkan bagi mendapatkan kesan yang nyata.

    PETUA MELUNAKKAN SUARA

    - Anda ambil sebiji limau nipis dan perah ke dalam segelas air suam.Campurkan sedikit gula batu kedalam minuman itu.Amalkan setiap hari seeloknya minum di waktu pagi sebelum menggosok gigi.Petua ini sering di amalkan oleh qari dan qariah bagi menjaga suara.

    - Antara lain petuanya ialah ambil segelas air dan di biar semalaman.Apabila bangun keesokan hari minumlah air tersebut sebelum anda menggosok gigi.

    Tuesday, 29 July 2014

    PETUA MENGHILANGKAN BAU TANDAS

    PETUA MENGHILANGKAN BAU TANDAS

    PETUA MENGHILANGKAN BAU TANDAS

    Tandas yang bersih dan berbau harum mencerminkan keperibadian pemilik rumah.Perkara ini memang ada kaitannya.Apabila tandas dirumah kita sentiasa berbau harum,pasti melegakan apabila ada tetamu yang datang berkunjung kerana meraka pasti akan menggunakan tandas kita.Jika tandas bebau,pasti menjatuhkan air muka kita sebagai pemilik rumah.

    Walaupun dengan adanya pewangi tandas moden,cara atau petua lama jangan kita abaikan.Ada petua lama yang mudah untuk mencegah tandas dari menghasilkan bau yang meloyakan.

    Petua Menghilangkan Baun Tandas.

    Caranya mudah saja.Ambilkan Hampas Kopi yang anda minum sebelumnya,sekiranya anda peminum kopi.Buangkan hampas kopi tadi ke dalam lubang tandas anda.Biarkan untuk seberapa lama yang boleh.
    Insyaallah..tiada bau tandas yang akan di hasilkan.Tandas anda sentiasa segar baunya..

    Friday, 18 July 2014

    PETUA MELEBATKAN JANGGUT DAN JAMBANG

    PETUA MELEBATKAN JANGGUT DAN JAMBANG

    PETUA MELEBATKAN JANGGUT DAN JAMBANG

    Sebilangan lelaki memang semulajadi memiliki jambang dan janggut yang lebat.Tetapi ada juga dikalangan mereka yang sukar menumbuhkan jambang dan janggut di muka.Janggut merupakan perkara sunnah yang elok di jaga rapi oleh lelaki.

    Terdapat petua atau cara lama yang jika di amalkan membolehkan mereka yang tidak mempunyai jambang dan janggut memiilikinya serta tumbuh lebat dimuka.

    Petua lama melebatkan janggut dan jambang di muka.


    Setiap kali sebelum tidur,ambil putih telur dan sapukan di kawasan muka yang anda ingin tumbuhkan jambang dan di dagu untuk janggut tumbuh lebat.

    Amalkan selama berapa minggu,insyaallah..anda akan mempunyai jambang dan janggut yang lebat yang mengubah penampilan anda.

    Selamat mencuba dan mengamalkan.