Tuesday, 12 August 2014

PETUA SEMBUHKAN JAHITAN LEPAS BERSALIN

PETUA SEMBUHKAN JAHITAN LEPAS BERSALIN

KUNYIT HIDUP

Wanita yang melahirkan anak memang menghadapi cabaran dan dugaan yang begitu kuat,terutamanya dari segi menahan kesakitan dan pemulihan luka-luka luaran dan dalaman.

Ada dua cara kelahiran iaitu secara normal dan pembedahan.Di sini kita kongsikan petua dimana dapat menyembuhkan luka jahitan selepas bersalin terutamanya bagi yang bersalin normal.

Petua Sembuhkan Jahitan Selepas Bersalin

Ambil beberapa kunyit hidup dan parut.Kemudian gorengkan kunyit hidup yang telah di parut tadi menggunakan minyak masak yang banyak.Goreng sehingga garing.

Setelah garing,keluarkan dan sejukkan.

Taburkan ramuan tadi keatas tuala wanita dan pakailah untuk beberapa jam sehari.Insyaallah,akancepat sembuh jahitannya.

Selamat mencuba..

0 comments:

Post a Comment