Saturday, 26 April 2014

Elakkan Anak Kencing Malam

ELAKKAN ANAK KENCING.



Anak-anak yang kencing malam adalah perkara biasa.Antara punca-puncanya ialah anak-anak yang terlalu nyenyak tidur,pundi kencing yang kecil dan gangguan semasa tidur.Bagaimanalah cara untuk mengelakkannya?Jom semak petua di bawah.

Elakkan Anak Kencing Malam
Jangan benarkan anak anda minum/ menyusu botol sebelum tidur. Kalau nak bagi pun pastikan dia dah kencing dulu.. sebab takut lepas minum susu dalam botol dia terus tidur.

Disiplinkan anak anda untuk membuang air terlebih dahulu sebelum tidur.

Pada waktu malam, pastikan laluan untuk anak anda ke bilir air diterangi lampu & tidak salah juga jika membiarkan lampu bilir air terpasang, terutamanya bagi kanak-kanak yang takut pada kegelapan.

Kejutkan anak anda untuk bangun & buang air selepas 2 atau 3 jam mereka tidur. Ini adalah teknik latihan yang berpanjangan supaya mereka terbiasa dengan rutin tersebut. (kaedah ni saya tak kejutkan.. tapi sebelum tidur mesti pesan dekat anak supaya nak kencing bangun dan kejutkan ibu...alhamdulillah.. banyak membantu)

Gunakan sistem ganjaran atau penghargaan. Lepas anak bangun tidur, kalau dia tak kencing saya akan puji & berikan mereka sedikit ganjaran supaya berusaha untuk memperbaiki diri.

Jangan hukum atau memarahi mereka. Kanak-kanak yang kencing malam tidak melakukannya dengan sengaja. Jadi tugas kita adalah untuk sama-sama menangani masalah tersebut.

Beritahu anak anda kenapa mereka tidak boleh kencing ditempat tidur. Ajar mereka tentang kebersihan, hukum najis, tentang kuman yang mudak membiak, tilam yang berbau busuk & sebagainya lagi.

Alas tilam dengan plastik atau pad yang lebar bagi mengelakkan dia terkencing dan tembus ditilam seperti yang selalu di gunakan di hospital-hospital.

Luangkan sedikit masa bersama anak-anak sebelum mereka tidur. Berikan pelukan atau belaian. Ini bukan saja dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan, malah dapat menjadikan kanak-kanak itu lebih tenang & meransang perkembangan otak mereka semasa tidur.

Paling penting, ibubapa haruslah bersabar & sentiasa berfikiran positif. Adakalanya untuk menghentikan tabiat kencing malam ini agak memakan masa, jadi berilah anak anda peluang. Kalau kita tak sabar sapa lagi yang nak bagi semangat kat anak² kitakan... mereka perlukan sokongan.. lagipun kencing malam biasanya adalah tak disengajakan mungkin mereka keletihan main ditaska atau baru nak mula free pampers.


0 comments:

Post a Comment