Saturday, 17 May 2014

Petua Pastikan Madu Asli

PASTIKAN MADU ASLI.


Madu memang merupakan makanan yang terbaik.Khasiat ynag di perakui malahan adalah salah satu makanan sunnah.Penjual madu kadangkala mencampurkan madu dengan gula menyebabkan khasiatnya kurang.Bagaimana caranya nak pastikan madu yang asli?Ikuti petua di bawah.

1. madu tu klu di bakar dgn api dia akan menyala.. klu tiruan dia tak makan dek api.. (bubuh madu dlm sudu pastu ambik lighter bakar betul2 kat madu tu)

2. madu klu asli semut tak kan hurung.. klu ada semut banyak tanda nyer itu madu yg dicampur dgn gula..

3. madu yg asli klu letak dlm peti ais dia tak kan beku..

4. Madu asli tidak membentuk mendapan walaupun di simpan bertahun-tahun. 
   (Mendapan akan ada jika madu sudah dicampur gula, dan gula ini akan mendap setelah 
    beberapa lama.) 

5. Madu asli akan mengumpal di dalam air. Sesudu madu asli yang dituangkan di dalam air 
    (tanpa dikacau) akan mengumpal dan jatuh di dasar air. Madu palsu akan bercampur dengan
    air (sebanyak mana bergantung kepada kandungan air di dalamnya).

6.  Madu asli tidak putus bila ditarik. Madu asli yang ditarik tinggi hanya akan membentuk alur 
     yang halus apabila mengalir turun dan tidak putus. Madu palsu (atau madu asli yang   
     mempunyai kandungan air yang tinggi) akan putus-putus pengalirannya.

7. Madu asli akan menyebabkan kuning telur masak dengan sendirinya. Cara ini seumpama
    lagenda kerana tidak ramai yang berjaya menggunakannya, walaupun dengan madu asli. Ini 
    kerana hanya madu yang benar-benar segar mengandungi enzim-enzim aktif yang  
    ‘memasak’ kuning telur. Sekiranya anda mendapat madu yang boleh ‘memasak’ kuning telur,
     madu tersebut adalah benar-benar berkualiti dan segar! 

0 comments:

Post a Comment