Wednesday, 4 June 2014

Petua Hilangkan Penat

PETUA MENGHILANGKAN PENAT.



Bagi kita yang penat bekerja seharian,rehat adalah salah satu penawar atau cara untuk menghilangkan penat.

Di dalam Islam,ada petua yang mana kita boleh amalkan bagi menhilangkan penat.Petua tersebut mengikut apa yang di ajarkan oleh junjungan besar Nabi Muhammad S.a.w kepada puteri kesayangannya Saidatina Fatimah sebagai penawar kepenatan.


Saidina Ali berkata :
“Bapa kamu telah datang membawa balik tawanan perang.
Berjumpalah dia dan mintalah seorang khadam untuk membantu mu.”
Saidatina Fatimah pergi bertemu bapanya dan menyatakan
hasrat untuk mendapatkan seorang khadam bagi membantu
tugas hariannya di rumah. Bagaimanapun Rasulullah s.a.w.
tidak mampu memenuhi permintaan anak kesayangannya itu.
Lalu Baginda s.a.w. pergi menemui puterinya serta menantu itu.

Baginda s.a.w. berkata:
“Apa kamu berdua mahu aku ajarkan perkara yang lebih baik
daripada apa yang kamu minta daripadaku? Apabila kamu
berdua berbaring untuk tidur, bertasbihlah (Subhanallah) 33 kali,
bertahmid (Alhamdulillah) 33 kali dan bertakbir (Allahuakbar) 33 kali.
Ia adalah lebih baik untuk kamu berdua daripada seorang khadam.”

Inilah yang di ajarkan oleh Rasulullah s.a.w kepada anak dan menantunya.Kita boleh mengambil ilmu ini dengan mengucapkan:


Subhanallah  33x
Alhamdulillah 33x
Alllahuakbar  x33    

sekiranya kita kepenatan setiap malam sebelum tidur.Inshaallah,petunjuk dari Nabi Muhammad S.a.w ini mampu memberi kesegaran wajah kita keesokan hari.

0 comments:

Post a Comment