Friday, 13 June 2014

Petua Memilih Ayam Segar

Petua Memilih Ayam Segar.



Sumber protien yang paling mudah di dapat adalah daripada daging ayam.Ayam yang di beli hendaklah dipastikan segar dan elok kerana ia akan memudaratkan kita jika daging itu tercemar atau sudah rosak.

Berikut beberapa petua yang boleh kita praktikkan sekiranya kita memilih daging ayam di pasar.

- pastikan warna daging ayam itu putih kekuningan keran atyam segar akan berwarnaseperti tersebut.

-Warna lemak seharusnya berwarna putih kekuningan.

-Berbau daging segar.Jika bau sudah berubah dan kurang menyenangkan,lupakanlah saja.

-Tekan daging ayam dengan jari.Sekiranya daging segar ia akan kembali ke bentuk asal.Berbanding daging yang tidak segar,tanda jari akan kekal untuk beberapa seketika.

-Tiada bekas lebam kecuali kesan akibat proses penyembelihan.

-Pastikan daging ayam yang melekat di tulang padat.

-Kulit ayam dalam keadaan cantik dan tiada banyak kesan luka.

-Pastikan ayam yang di pilih bersih sebersihnya.Jika ada bulu halus,sebaiknya di buang kulit tersebut.

-Elakkan membeli ayam yang terlalu banyak tulang yang patah.

-Jika daging yang di pegang berlendir dan lembut,elakan dari membeli ayam tersebut.


0 comments:

Post a Comment