Tuesday, 29 July 2014

PETUA MENGHILANGKAN BAU TANDAS

PETUA MENGHILANGKAN BAU TANDAS

PETUA MENGHILANGKAN BAU TANDAS

Tandas yang bersih dan berbau harum mencerminkan keperibadian pemilik rumah.Perkara ini memang ada kaitannya.Apabila tandas dirumah kita sentiasa berbau harum,pasti melegakan apabila ada tetamu yang datang berkunjung kerana meraka pasti akan menggunakan tandas kita.Jika tandas bebau,pasti menjatuhkan air muka kita sebagai pemilik rumah.

Walaupun dengan adanya pewangi tandas moden,cara atau petua lama jangan kita abaikan.Ada petua lama yang mudah untuk mencegah tandas dari menghasilkan bau yang meloyakan.

Petua Menghilangkan Baun Tandas.

Caranya mudah saja.Ambilkan Hampas Kopi yang anda minum sebelumnya,sekiranya anda peminum kopi.Buangkan hampas kopi tadi ke dalam lubang tandas anda.Biarkan untuk seberapa lama yang boleh.
Insyaallah..tiada bau tandas yang akan di hasilkan.Tandas anda sentiasa segar baunya..

Friday, 18 July 2014

PETUA MELEBATKAN JANGGUT DAN JAMBANG

PETUA MELEBATKAN JANGGUT DAN JAMBANG

PETUA MELEBATKAN JANGGUT DAN JAMBANG

Sebilangan lelaki memang semulajadi memiliki jambang dan janggut yang lebat.Tetapi ada juga dikalangan mereka yang sukar menumbuhkan jambang dan janggut di muka.Janggut merupakan perkara sunnah yang elok di jaga rapi oleh lelaki.

Terdapat petua atau cara lama yang jika di amalkan membolehkan mereka yang tidak mempunyai jambang dan janggut memiilikinya serta tumbuh lebat dimuka.

Petua lama melebatkan janggut dan jambang di muka.


Setiap kali sebelum tidur,ambil putih telur dan sapukan di kawasan muka yang anda ingin tumbuhkan jambang dan di dagu untuk janggut tumbuh lebat.

Amalkan selama berapa minggu,insyaallah..anda akan mempunyai jambang dan janggut yang lebat yang mengubah penampilan anda.

Selamat mencuba dan mengamalkan.

Friday, 4 July 2014

PETUA MENGELAK PEDIH MATA KETIKA MEMOTONG BAWANG

PETUA MENGELAK PEDIH MATA KETIKA MEMOTONG BAWANG

Petua Mengelak Mata Pedih Ketika Potong Bawang

Bawang adalah bahan asas yang penting dalam masakan.Tanpa bawang tiada manisnya dalam masakan anda.

Sewaktu memotong bawang,masalah yang paling sukar dihadapi ialah ia akan memedihkan mata.Bagi mengatasi masalah tersebut anda boleh cuba petua ini.

Petua Mengelakkan Mata Pedih Ketika Potong Bawang.

Sebelum memotong bawang,anda bolehlah menyimpan bawang tersebut di dalam peti ais terlebih dahulu.

Yang kedua,bawang yang hendak di potong di rendam terlebih dahulu di dalam air.Kemudian baru dipotong bawang tersebut.Anda akan dapati mata anda tidak pedih lagi ketika memotong bawang.

Selamat Mencuba dan Mengamalkan..

Thursday, 3 July 2014

Petua Membuat Biskut

PETUA MEMBUAT BISKUT.



Menjelang Hari Raya pasti sebilangan suri rumahtangga sibuk membuat biskut,kuih dan kek.Ada beberapa petua yang boleh anda ikuti bagi menjadikan biskut anda cantik.

Petua Membuat Biskut.

Adunan Biskut tidak perlu dipukul terlalu lama.Cukup sekadar adunan menjadi rata dan sebati

Ketuhar hendaklah dipanaskan terlebih dahulu sebelum membakar.Ketuhar elektrik perlu di panaskan 20 minit awal,manakala ketuhar gas perlu di panaskan 15 minit awal.

Posisi paling elok meletakkan dulang pembakar dalam ketuhar ialah di rak tengah.

Gunakan suhu sederhana untuk membakar iaiatu antara 170'C-190'C.

Gunakan kertas minyak untuk mengalas dulang pembakar.Ini bukan sahaj menjimatkan masa berbanding melenserkan dulang pembakar,malah dapat mengelakkn biskut dari pecah.Kertas ini boleh di gunakan beberapa kali..