Thursday, 3 July 2014
Petua Membuat Biskut
PETUA MEMBUAT BISKUT.
Menjelang Hari Raya pasti sebilangan suri rumahtangga sibuk membuat biskut,kuih dan kek.Ada beberapa petua yang boleh anda ikuti bagi menjadikan biskut anda cantik.
Petua Membuat Biskut.
Adunan Biskut tidak perlu dipukul terlalu lama.Cukup sekadar adunan menjadi rata dan sebati
Ketuhar hendaklah dipanaskan terlebih dahulu sebelum membakar.Ketuhar elektrik perlu di panaskan 20 minit awal,manakala ketuhar gas perlu di panaskan 15 minit awal.
Posisi paling elok meletakkan dulang pembakar dalam ketuhar ialah di rak tengah.
Gunakan suhu sederhana untuk membakar iaiatu antara 170'C-190'C.
Gunakan kertas minyak untuk mengalas dulang pembakar.Ini bukan sahaj menjimatkan masa berbanding melenserkan dulang pembakar,malah dapat mengelakkn biskut dari pecah.Kertas ini boleh di gunakan beberapa kali..
0 comments:
Post a Comment