Friday, 25 April 2014

Petua Legakan Batuk Dan Kahak Kanak-kanak

PETUA SEMBUHKAN BATUK DAN KAHAK KANAK-KANAK



Anak adalah harta yang amat bernilai bagi kedua ibu bapa.Jikalau anak-anak tidak sihat tentulah ibubapa sangat risau.Batuk dan kahak amat menganggu kanak-kanak.Disini ada beberapa petua untuk melegakannya.

Petua 1- Madu Asli

  • Untuk bayi atau kanak-kanak, 1 sudu kecil.. Kalau rasa madu tu macam pekat jer, boleh tambah air sikit.Madu boleh mengeringkan kahak. 
  • Campurkan madu pada susu bayi atau beri mereka minum madu sedikit setiap hari. 
  • Sila guna sudu plastik yer!
Petua 2 - Kunyit Hidup dan Bawang Putih

  • Ambil Kunyit hidup tersebut dan gosok kat mana-mana permukaan yang kasar untuk dapatkan serbuk. 
  • Selepas itu serbuk kunyit tersebut dicampurkan dengan minyak masak kemudian sapukan pada dada bayi. 
  • Jika mahu gunakan bawang putih, bakar sediikit bawang putih tersebut tapi jgn sampai hangit.
  • Caranya sama dengan menggunakan kunyit. Gosok, ambil serbuk, kemudian campur dengan minyak masak baru, kemudian sapu pada dada bayi.
Petua 3 - Daun Kaduk

  • Ramas daun kaduk dengan kapur sirih. 
  • Kemudian sapukan pada dada dan perut bayi. 
  • Kahak akan keluar bersama najis bayi nanti.

0 comments:

Post a Comment