Wednesday, 30 April 2014

Petua Tahan Lama Ketika Bersama

TAHAN LAMA KETIKA BERSAMA


Ada beberapa petua lama yang boleh di jadikan amalan untuk kunci kebahagian pasangan suami isteri.Kepuasan ketika bersama memainkan peranan penting bagi memastikan suami isteri bahagia.Anda boelh cuba petua menggunakan halia untuk isteri tahan lebih lama ketika bersama.

Bahan-bahannya :

  1. Ambil 1 inci halia.
  2. Parut @ kisarkannya dan ambil airnya sahaja.
  3. Sebiji telur ayam kampung (goncang-goncangkannya dahulu)
  4. 1 sudu kicap.
  5. 7 biji lada sulah (hancurkannya dahulu).
  6. 1 biji limau nipis sebaik-baiknya yang besar (diperah dan ambil airnya sahaja).

Cara-caranya :

Campurkan kesemua bahan-bahan di atas kisarkannya dan di kacau hingga sebati. Minumlah air ramuan-ramuan tersebut sebelum anda masuk tidur. Sebaik-baiknya jika anda ingin berjimak bersama suami anda. Cuba anda amalkan 2 kali seminggu sahaja. InsyaAllah anda akan merasakan perbezaannya dan suami anda pasti puas dan bertambahlah kasih sayangnya kepada anda. 

Petua Lubang Jarum

PETUA LUBANG JARUM



Petua ini khas untuk wanita sahaja.Amalan petua ini juga dapat membantu wanita terutamanya para isteri memikat suami.
Cuba anda membuat latihan memasukkan benang ke dalam lubang jarum dengan melatih otot penahan kencing.Anda buat seperti anda menahan kencing untuk membuang air kecil dan melakukan kemutan berulang kali.
Selepas itu ualng pula pada kemutan di dubur seperti menahan membuang air besar.Lakukan berulang kali senaman ini.Anda akan rasa perbezaannya apabial suami memuji anda,
Selamat mencuba.

Monday, 28 April 2014

Petua Mengelak Gangguan Mahluk Halus

PETUA MENGELAKAN GANGGUAN MAHLUK HALUS



Gangguan sihir dengan perantara makhluk ghaib dapat menyerang sesiapa sahaja. Bila usaha medikal tidak dapat menemukan gejala klinikal yang kita atau kerabat kita deritai, ada baiknya anda berkikhtiar, baik untuk diri sendiri ataupun menolong orang lain dengan kaedah berikut ini.
Untuk diri sendiri.
1. Biasakan menjaga wudhu, setiap ada hal yang membatalkan wudhu segera ulangi kembali berwudhu. Gangguan makhluk ghaib enggan kepada sesuatu yang suci.
2. Habiskan waktu lapang dengan berdzikir, mengingat-ingat Allah SWT. Sesuaikan kaedah zikir dengan suasana hati kita. Bila sedang senang, maka berzikir Hamdallah (Alhamdulillah). Bila hati sedang sedih/kecewa atau yang sejenisnya, maka berzikirlah Istighfar (Astaghfirullah). Bila hati sedang tenteram maka berzikirlah “Lailahaillallah”. Semua zikiran dibaca sekuatnya, sampai ada kegiatan lain. Dengan sentiasa mengingat Allah, maka sulit bagi gangguan ghaib untuk dapat menembus kita.
3. Hindari mengerjakan hal-hal yang dapat menjurus kepada maksiat, seperti membuka halaman cabul dalam internet dan sejenisnya. Kerana, dari situlah pengaruh kekuatan yang terbesar, semakin kita mengerjakan dosa dan menjauh dari Allah SWT. Semakin mudah mereka menguasai diri kita dengan pengaruhnya.
4. Jangan menunda solat wajib. Bila mendengar panggilan azan, segera solat dan usahakan untuk solat berjemaah dimasjid. Solat adalah cara kita untuk berkomunikasi dengan Allah SWT. Doa diwaktu solat adalah salah satu doa yang makbul dan Insya Allah segera diijabah oleh Allah SWT. Mintalah perlindunganNya dari segala gangguan ghaib mahupun perbuatan zalim yang nyata.
5. Bila gangguan muncul dan dapat anda rasakan, bacalah Ayat Kursi sebanyak-banyaknya. Bila dirasa gangguan tidak berhenti atau berkurang, ganti dengan membaca ayat 115-116 Surah AlMukminun

Petua Mendapatkan Anak Lelaki

PETUA MENDAPATKAN ANAK LELAKI.



Bagi sesetengah orang mendapat anak hasil dari perkahwinan yang sah itu sudah memadai.Anak adalah anugerahkan yang tak terhingga.Tetapi ada juga yang berharap di kurniakan anak seperti yang diinginkan iaitu jantina.Ada yang lebih kepada anak lelaki.Mari kita beberapa petua untuk mendapatkan anak lelaki.

1-Melalui Permakanan

  • Untuk mendapatkan anak lelaki ibu di syorkan makan makanan yang lebih berdaging,begaram dan buah buahan.
  • Menurut kajian,ibu bapa yang mengikut petua tersebut mempunyai peluang 70-80 peratus apabila mereka mengamalkannya.
2-Melalui Masa Subur
  • Masa subur boleh di ketahui dengan mengambil dan mencatatkan suhu badan ibu setiap pagi selama 3 bulan berturutan.Dari graf yang terhasil anda akan dapat melihat bilakah masa subur anda
  • Untuk mendapatkan anak lelaki,persetubuhan perlu di lakukan pada hari subur
3-Tahap Keasidan
  • Tahap keasidan cecair di kemaluan wanita boleh mempengaruhi jantina anak.
  • Untuk anak lelaki,ia perlulah lebih beralkali.
  • Di cadangkan wanita membasuh kemaluan dengan bikarbonat sebelum bersetubuh.
4-Tahap Kepuasan Isteri
  • Di katakan isteri perlu mencapai kepuasan yang tinggi untuk mendapatkan anak lelaki.
  • Ini kerana cecair wanita lebih beralkali dapat dapat meransang pergerakan gen Y.
Kita hanya manusia dan berusaha.Ketentuan itu milik Allah.Jadi berusaha lah dan jika berjaya itu adalah dengan izin Allah.

Sunday, 27 April 2014

Petua Atasi Bau dan Keputihan

Masalah Bau Dan Keputihan.



Masalah bau dan keputihan sering menghantui para wanita.Biasanya ia berpunca dari jangkitan kuman di kawasan sekitar permukaan faraj.Sealain itu ia juga boleh berpunca dari jangkitan kutu kutu rambut yang menimbulkan kegatalan.Ianya berkaitan dengan penjagaan kebersihan alat sulit anda.

Antara petu yang boleh anda cuba untuk mengatasinya ialah dengan menggunakan pantyliner yang berasakan sumber herba dan wangian.Ia dapat mengurangkan masalah bau yang kurang menyenangkan.Ia juga akan membuatkan andan berasa yakin bergaul.

Perkara asasnya ialah menjaga kebersihan alat sulit.Ada beberapa panduan untuk anda ambil sebagai pengetahuan.

Saturday, 26 April 2014

Elakkan Anak Kencing Malam

ELAKKAN ANAK KENCING.



Anak-anak yang kencing malam adalah perkara biasa.Antara punca-puncanya ialah anak-anak yang terlalu nyenyak tidur,pundi kencing yang kecil dan gangguan semasa tidur.Bagaimanalah cara untuk mengelakkannya?Jom semak petua di bawah.

Elakkan Anak Kencing Malam
Jangan benarkan anak anda minum/ menyusu botol sebelum tidur. Kalau nak bagi pun pastikan dia dah kencing dulu.. sebab takut lepas minum susu dalam botol dia terus tidur.

Disiplinkan anak anda untuk membuang air terlebih dahulu sebelum tidur.

Pada waktu malam, pastikan laluan untuk anak anda ke bilir air diterangi lampu & tidak salah juga jika membiarkan lampu bilir air terpasang, terutamanya bagi kanak-kanak yang takut pada kegelapan.

Kejutkan anak anda untuk bangun & buang air selepas 2 atau 3 jam mereka tidur. Ini adalah teknik latihan yang berpanjangan supaya mereka terbiasa dengan rutin tersebut. (kaedah ni saya tak kejutkan.. tapi sebelum tidur mesti pesan dekat anak supaya nak kencing bangun dan kejutkan ibu...alhamdulillah.. banyak membantu)

Gunakan sistem ganjaran atau penghargaan. Lepas anak bangun tidur, kalau dia tak kencing saya akan puji & berikan mereka sedikit ganjaran supaya berusaha untuk memperbaiki diri.

Jangan hukum atau memarahi mereka. Kanak-kanak yang kencing malam tidak melakukannya dengan sengaja. Jadi tugas kita adalah untuk sama-sama menangani masalah tersebut.

Beritahu anak anda kenapa mereka tidak boleh kencing ditempat tidur. Ajar mereka tentang kebersihan, hukum najis, tentang kuman yang mudak membiak, tilam yang berbau busuk & sebagainya lagi.

Alas tilam dengan plastik atau pad yang lebar bagi mengelakkan dia terkencing dan tembus ditilam seperti yang selalu di gunakan di hospital-hospital.

Luangkan sedikit masa bersama anak-anak sebelum mereka tidur. Berikan pelukan atau belaian. Ini bukan saja dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan, malah dapat menjadikan kanak-kanak itu lebih tenang & meransang perkembangan otak mereka semasa tidur.

Paling penting, ibubapa haruslah bersabar & sentiasa berfikiran positif. Adakalanya untuk menghentikan tabiat kencing malam ini agak memakan masa, jadi berilah anak anda peluang. Kalau kita tak sabar sapa lagi yang nak bagi semangat kat anak² kitakan... mereka perlukan sokongan.. lagipun kencing malam biasanya adalah tak disengajakan mungkin mereka keletihan main ditaska atau baru nak mula free pampers.


Hilangkan Panau dan Parut di kulit

HILANGKAN PANAU DAN PARUT DI KULIT



Panau yang terbit di kulit pasti menganggu kita.Ia akan gatal dan mencacatkan kulit kita,Biasanya orang lain akan beranggapan kita kurang menjaga kebersihan.Memang ada ubat klinik untuk merawat panau tapi kesannya seperti kurang.Cubalah petua ni,mungkin membantu.

HILANGKAN PANAU

  • Ambil sepotong halia,tumbik lumat dan tempelkan pada bahagianyang kena panau
  • Amalkan hingga hilang kesannya.
HILANGKAN PARUT DI KULIT
  • Tumbuk kulit kayu manis sehingga lumat. Campurkan serbuk ini dengan sedikit air. Bancuhkan bersama dengan bedak sejuk. Setelah sebati, sapu rata di bahagian berparut. Lakukan sekerap yg mungkin. Lama-kelamaan, parut akan beransur hilang. Petua ini juga sesuai untuk menghilangkan bintik-bintik hitam dan jerawat di wajah.selain itu,gunakan ubat gigi,sapukan ubat gigi d permukaan yang berparut...amalkan sblum tidur...insyaAllah jika di amal kn akan berkesan.,,

Friday, 25 April 2014

Petua Legakan Batuk Dan Kahak Kanak-kanak

PETUA SEMBUHKAN BATUK DAN KAHAK KANAK-KANAK



Anak adalah harta yang amat bernilai bagi kedua ibu bapa.Jikalau anak-anak tidak sihat tentulah ibubapa sangat risau.Batuk dan kahak amat menganggu kanak-kanak.Disini ada beberapa petua untuk melegakannya.

Petua 1- Madu Asli

  • Untuk bayi atau kanak-kanak, 1 sudu kecil.. Kalau rasa madu tu macam pekat jer, boleh tambah air sikit.Madu boleh mengeringkan kahak. 
  • Campurkan madu pada susu bayi atau beri mereka minum madu sedikit setiap hari. 
  • Sila guna sudu plastik yer!
Petua 2 - Kunyit Hidup dan Bawang Putih

  • Ambil Kunyit hidup tersebut dan gosok kat mana-mana permukaan yang kasar untuk dapatkan serbuk. 
  • Selepas itu serbuk kunyit tersebut dicampurkan dengan minyak masak kemudian sapukan pada dada bayi. 
  • Jika mahu gunakan bawang putih, bakar sediikit bawang putih tersebut tapi jgn sampai hangit.
  • Caranya sama dengan menggunakan kunyit. Gosok, ambil serbuk, kemudian campur dengan minyak masak baru, kemudian sapu pada dada bayi.
Petua 3 - Daun Kaduk

  • Ramas daun kaduk dengan kapur sirih. 
  • Kemudian sapukan pada dada dan perut bayi. 
  • Kahak akan keluar bersama najis bayi nanti.

Thursday, 24 April 2014

Petua Kempiskan Perut.

PERUT KEMPIS



Masalah perut berlemak ataupun boroi adalah normal dialami bagi lelaki mahupun wanita.Bagi lelaki yang menjelang usia 30 an pasti teserlah keboroiannya.Manakala wanita pula biasaya apabila telah berkahwindan melahirkan anak,pasti perut akan sedikit membesar dan berlemak.
Terdapat petua yang kita boleh cuba amalkan untuk mengempiskan perut yang dah berlemak ini.Tetapi yang paling penting,Amalan bersenamlah yang akan membantu memberi kesan lebih baik.

Kempiskan perut.

  • Ambil limau nipis dan campur dengan kapur sirih.Sebatikan kemudian sapupada perut dan bengkungkan.Kalau tidak mahu berbengkung,sapukan saja.Amalkan setiap malam.
  • Segelas air panas diambil da dibancuh dengan asam jawa dan garam.Embunkan semalaman.Minum airnya keesokan harinya sebelum buang air kecil dan basuh muka.
  • Unutk mengelakkan perut buncit,elakkan maknbersulam air.Seeloknya minum air 1/2 ke 3 jam berikutnya selepas makan. 

Meredakan Sakit Gigi

MEREDAKAN SAKIT GIGI.



Sakit gigi memamg merupakan sakit yang paling mencabar.Sakit gigi turut menyebabkan kita akan sakit kepala dan rentu nya sentiasa ingin marah-marah.Ada beberapa petua yang boleh di amalkan untuk menredakan sakit gigi.

Petua 1

  • Makan buah belimbing buluh bersama sedikit garam
Petua 2
  • Campur sedikit cuka daam air sum dan berkumur menggunakannya 3 kali sehari,Amalkan hingga reda sakit giginya.
Petua 3
  • Gigit bunga cengkih pada gigi yang sakit.Tumbuk dan masukkan bunga cengkih tadi di lubang jikalu ada gigi yang berlubang.Tutup dengan kapas.
Petua 4
  • Kunyah sedikit kapur sirih pada gigi yang sakit hingga lumat.Amalkan hingga hilang sakit giginya.
Petua 5
  • Untuk gigi berlubang,sapukan getah yang di ambil daripada tampuk betik dengan putik kapas.
Petua 6 
    • Tumbuk bawang putih hingga lumat dan campurkan dengan sedikit cuka.tampal gigi yang berlubang itu.
Petua petua ini hanyala amalan yang di amalkan di mana kesannya bergantung kepada keazaman kita mengamalkannya.Dengan izin Allah moga dapat membantu meredakan sedikit kesakitan.

Wednesday, 23 April 2014

Mengelakkan gangguan semasa tidur

MENGELAK GANGGUAN SEMASA TIDUR



Tidur yang terganggu nmenyebabkan badan akan bertambah letih apabila sedar dari tidur.Kebanyakkannya berpunca dari gangguan semasa tidur.Macam macam punca perkara ini boleh berlaku.Cubalah amalkan petua ini agar anda dapat tidur dengan tenang.

Biasakan bangun awal pada waktu pagi kerana boleh menyebabkan seseorang itu cepat merasa mengantuk pada waktu malam. Lakukan senaman kerana ia menjadikan seseorang itu cepat letih dan mengantuk. Hilangkan segala masalah dengan mempraktikkan hobi anda seperti membaca, bermain atau berjenaka dengan anak dan isteri. Ingatlah Allah sebelum tidur dan bertawakal kepadaNya setelah kita yakin dengan segala kerja di siang hari itu adalah ibadat.

Anda juga boleh cuba petu untuk hilangkan sakit kepala.

Ambil sebiji bawang putih, hiris nipis dan tampal pada kiri dan kanan pelipis. Bawang tadi akan menyedut bisa pada kepala tadi dan biarkan semalaman. Hirisan bawang tadi akan tanggal sendiri apabila mengering dan sakit akan beransur hilang. Pelipis akan berwarna merah kehitaman tetapi akan mengelupas dalam sehari dua.

PETUA WANITA

PETUA UNTUK WANITA

Payudara adalah aset wanita.Payudara yang mantap idaman setiap wanita.Bagaimana nak mendapat kan payudara tegang.Sila cuba petua ini.

TEGANGKAN PAYUDARA

Amalkan meminum air kaji(air basuhan beras)sebelum tidur malan.Insyaallah...

Juga ada beberapa petua lain untuk wanita jika anda ingin cuba amalkan.

AWET MUDA

  1. Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari yg baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat. Selain itu, amalkan menanam kuku/rambut yang dipotong atau gugur.
  2. Sejurus bangun pagi, sebelum mandi dan gosok gigi, amalkan petua ini. Urutkan wajah anda dgn air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat nabi 3 kali. Amalkan setiap hari urutan ini.


Tuesday, 22 April 2014

petua merahkan bibir,kilatkan gigi

MERAHKAN BIBIR DAN KILATKAN GIGI



Bibir merah dan mongel menjadi idaman wanita.Bibir merah menjadikan wanita kelihatan seksi.Di tambah dengan gigi yang putih berkilat semasa melemparkan senyuman.cUbalah petua nie

Memutih dan Mengilatkan Gigi[sunting | sunting sumber]

Ambil beberapa helai daun kelapa kering. Bakar hingga jadi abu. Gosokkan gigi anda dengan abu daun kelapa tersebut. Lakukan berulang kali dan insyaallah gigi anda putih berkilat.

Memerahkan Bibir[sunting | sunting sumber]

Sapukan madu asli pada bibir tiap2 malam sebelum masuk tidur. Amalkan selalu. Insyaallah bibir anda akan merah seperti memakai gincu.

Hilangkan tumit pecah dan parut

HILANGKAN TUMIT PECAH DAN PARUT



Kebanyakan kita pernah mengalami tumit pecah dak kulit berparut.Mesti keadaan memberi ketidak selesaan kepada kita.Anda boleh cuba amalkan petua nie,moga moga pulih sediakala.

Mengatasi Tumit Pecah

Gosokkan tumit kaki dengan menggunakan belimbing buluh. Kemudian berus tumit kaki dengan berus lembut. Amalkan sebelum mandi.

Menghilangkan Parut di Kulit

Tumbuk kulit kayu manis sehingga lumat. Campurkan serbuk ini dengan sedikit air. Bancuhkan bersama dengan bedak sejuk. Setelah sebati, sapu rata di bahagian berparut. Lakukan sekerap yg mungkin. Lama-kelamaan, parut akan beransur hilang. Petua ini juga sesuai untuk menghilangkan bintik-bintik hitam dan jerawat di wajah.selain itu,gunakan ubat gigi,sapukan ubat gigi d permukaan yang berparut...amalkan sblum tidur...insyaAllah jika di amal kn akan berkesan.,,

petua segarkan mata

MENYEGARKAN MATA



Mata adalah organ penting di badan kita.Terlalu terdedah kepada macam-macam pencemaran menyebabkan gatal dan tidak bermaya.Bagi mereka yang kuat bekerja,mata akan kelihatan letih dan kurang segar.Cuba amalkan petu ni moga mata anda kembali menyinar.

Menyegarkan Mata

Ambil timun yg telah dihiris Lekapkan pada kelopak mata Pejamkan mata utk berapa ketika. Anda akan berasa kesegarannya selepas itu.

Menyegarkan Mata Gatal dan Letih

Ambil beberapa helai daun sireh muda. Kemudian, cuci bersih. Ramas-ramaskan ia dan masukkan ke dalam air suam. Selepas itu, tapis airnya. Selanjutnya rendamkan mata sambil kerdipkan berulang kali. Lakukan selalu dan hasilnya anda akan merasai perubahannya.

Petua haluskan muka hilangkan jerawat

HALUSKAN KULIT MUKA DAN HILANGKAN JERAWAT



Semua orang mahukan kulit muka yang halus bersih tanpa jerawat.Bubalah amalkan petua orang lama nie.Manatau ianya berkesanuntuk diri anda.

Menghaluskan Kulit Muka

(1) Bancuh sedikit asam jawa bersama air dan sesudu tepong ubi. kacau sehingga ia menjadi larutan pekat. Pupurkan kepada muka yang telah dibersihkan. Biarkan ia mengering lebih kurang limabelas minit. Selepas itu barulah dibilas.

Menghilangkan Jerawat

Campur bedak sejuk dan asam jawa. Selawat pada Nabi 3 kali. Sapukan di muka dan di tempat jerawat Insyaallah, jerawat akan beransur hilang.

Perua lama nie merupakan amalan.Jadi kesannya mingkin dapat di lihat jika diamalkan.Selamat mencuba

Monday, 21 April 2014

Tubuh Langsing dan Sihat

TUBUH LANGSING DAN SIHAT


Amalan orang lama tidak di nafikan keberkesanannnaya.Antaranya cara mendapatkan tubuh yang sihat dan langsing.Berikut petua yang boleh di amalkan.

Tubuh sihat

  • Setiap pagi selepas solat subuh,kelualah bersenam di halaman
  • hirup udara segar dan berjalan sekeliling.
  • pijak rumput tanpa pakai kasut dan geelkan tapak kaki di atasnya
Tubuh Langsing
  • ambil 2 biji lobak merah dan sebiji timun
  • Parut dan perah airnya
  • campur dengan perahan sebiji limau nipis dan kacau hingga sebati
  • amalkan minum 2 kali sehari hingga dapat berat ideal.

petua penawar resdung

PENAWAR RESDUNG



Bagi yang mengalami resdung,pasti berasa gatal dan sentiasa berair.Selalunya awal pagi adalah masa resdung menyerang kerana hidung akan berasa gatal dah kita akan bersin.Cuba amalkan petua ni moga moga masalah anda berkurangan.

Penawar resdung

  • masukkan air ke rongga hidung (seperti berwuduk) berulang kali
  • picit sebelah hidung dan hembus sekuat hati
  • basuh muka dengan air bersih
  • amalkan selalu setiap kali keluar rumah ataupun sampai ke sesuatu tempat

petua hilangkan kelumumur

HILANGKAN KELUMUMUR DAN RAMBUT GUGUR

Kelumumur memang mendatang masalah kepada kita terutamanya wanita.Gatal kepala di buatnya.Rambut gugur pun menganggu kerana rambut adalah mahkota yang perlu di jaga.
Ada petua yang boleh di cuba untuk mengatasi masalah tersebut.

Hilangkan Kelumumur

  • perah air liamu purut/limau nipis di atas kepala.Lumur rata.
  • perap rambut dengan tuala
  • untuk kesan yang baik biarkan selama beberapa jam.
Elak Rambut Gugur
  • Rendam kacang hijau semalaman.
  • tapis airnya dan sapu di kulit kepala sambil di picit perlahan lahan
  • Amalkan selalu hingga rambut baru tumbuh
  • Elakkan mengikat rambut dengan getah.

petua mengelak santau

MEGELAKKAN DARI SANTAU




Santau adalah sejenis sihir mainan pengamal ilmu hitam.Ada santau yang memang di tujukan kepada sesorang.Ada juga santau yang random mangsanya.Biasanya di hantar oleh pengamal yang mahu mencuba ilmunya.

Petua lama ada menyebut beberapa cara untuk mengelakkan dari santau.

  • jika makan diluar,sebelum menjamah mekanan jangan lupa baca Bismillah.
  • rasa lelangit dengan lidah,kalau lelangit rasa kesat tanpa rasa geli jangan jamah makanan tersebut.
  • tutup kedua telinga dengan tangan,jika tiada dengung berhati-hatilah.Mungkin ada yang tidak kena.
  • untuk mengelak santau angin,elakkan tido bertentangan dengan pintu.

Mengatasi masalah senggugut

MENGATASI MASALAH SENGGUGUT.



Senggugut memanglah masalah wanita.Apabila senggugut menyerang,emosi terganggu,fokus pada pekerjaan pun kurang.

Ada petua lama yang boleh cuba di amalan untuk mengatasi senggugut.

MENGATASI SENGGUGUT.

  • campurkan kedua bahan iaitu lada hitam dan halia dengan sama banyak.
  • Tumbuk
  • Makan 1@2 minggu sebelum haid.Inshaallah..tak ada senggugut untuk 3 bulan.

Petua Hilangkan Selsema

Melegakan Jangkitan Selsema



Jangkitan selsema memang merimaskan.Memang ada ubat klinik untuk meredakan selsema,tetapi ada kesan sampingannya.Bila makan,pasti menyebabkan rasa mengantuk.

Di sini ada beberapa petua lama bagi melegakan selsema.
Petua 1:

  • Panaskan secerek air dan masukkan ke dalam besen.Masukkan sejemput serbuk teh atau kopi.Titiskan 2 titik minyak geliga.Ambil selimut dan selimutlah bersama besen tersebut.Bertahan bagi tempoh 10 minit.Tubuh akan mula berpeluh dan lega.
Petua 2 :
  • Telan seulas bawang putih setiap kali selepas makan,minum air perahan limau dan bawang putih serta berkumur dengan air wap bawang.
Petua 3 :
  • Ambil kunyit hidup dan tumbuk hingga keluar airnya.Sapukan dari tengkuk hingga ke ubun-ubun.Lakukan sekerapnya.Inshaallah..
Kita hanya berusaha dan Allah yang menentukan.Segala yang baik dari Allah s.w.t.

Petua kawal berat badan

Petua Mengawal Berat Badan.



Orang-orang lama hidup bergantung kepada sumber alam semulajadi.Amalan berterusan menampakkan hasil yang baik.Tanpa sebarang kaedah moden mereka mampu hidup sihat.

Salah satu petua lama mengawal berat badan,menggunakan limau nipis atau limau kasturi.Ambil 2 biji limau di potong dua.Kemudian ambil segelas air lalu perahkan liamu tadi.

Amalkan setiap hari selepas makan ataupun ketika anda ingin minum.

Keberkesanannya lebih nampak jika anda amalkan hidup sihat dengan bersenam.